Tuesday, April 14, 2015

Apa Itu Saham

apa
So now u got ur system working, ur money ready.. whats next?
Pertama anda perlu kenal apa itu saham, kenapa ianya wujud, kemudian barulah anda boleh faham sepenuhnya dan boleh memulakan pelaburan dengan yakin.
So let say anda sudah mempunyai satu syarikat yang agak besar, dan anda lihat banyak lagi peluang untuk expand syarikat anda samada membuka lebih banyak cawangan, membeli kilang baru, membida projek yang lebih besar. Tapi masalahnya anda tidak mempunya duit. Anda ada 3 cara untuk mendapatkan duit.
  1. Menggunakan hasil keuntungan tahun-tahun lepas
  2. Membuat pinjaman dari pihak bank
  3. Menjual sebahagian hak milik syarikat anda kepada org lain

Mari kita lihat satu per satu pilihan di atas.
1. Menggunakan hasil keuntungan tahun-tahun lepas
Bagi sesebuah syarikat, cashflow sangat penting, dan biasanya, pemilik syarikat tidak menggemari option ini kerana ia akan mengurangkan cash yg ada di dalam syarikatnya..

2. Membuat pinjaman dari pihak bank
Satu keburukan pilihan ini ialah, anda perlu membayar interest dan ianya akan jadi lebih buruk jika pelaburan yang menggunakan duit pinjaman tidak dapat memberi pulangan.

3. Menjual sebahagian hak milik syarikat anda kepada org lain
Keburukan pilihan ini pula ialah anda tidak lagi mempunyai 100% control dalam syarikat anda. Setiap kiraan untung rugi syarikat, anda perlu kongsi bersama, setiap keputusan yang ingin dibuat, perlukan persetujuan bersama. Malah, bagi syarikat yang telah jadi public listed, data2 penting juga akan diketahui oleh competitor lain yang akan membuatkan syarikat anda vulnerable.

Apa yang menariknya mengenai option 3, jika duit yang anda gunakan itu tidak memberi sebarang keuntungan, anda tidak perlu membayar apa apa kembali dan juga ianya tiada interest. Sebelum org lain membeli sebahagian syarikat anda, mereka telah sedia tahu yang jika syarikat anda mengalami kerugian, mereka akan turut rugi.
Jadi dalam kesemua pilihan ini, syarikat2 yang disenarai di Bursa Saham adalah syarikat yang telah memilih option 3. Kebiasaannya syarikat mereka telah betul2 established dan sangat kukuh sebelum mereka mengambil keputusan tersebut.
Bursa Saham ialah tempat dimana syarikat2 di Malaysia boleh ‘mencagarkan’ hak milik syarikat mereka untuk mendapatkan duit bagi mengembangkan perniagaan mereka. Jika anda membeli  saham sesebuah syarikat, maka anda adalah salah seorang pemilik syarikat tersebut juga. Anda berhak tahu untung rugi, keputusan yg mereka ambil, malah anda juga layak untuk menghadiri AGM mereka dan bertanya soalan yang relevan kepada pengarah syarikat.
Di sini lah konsep bagaimana anda boleh untung jika melabur dalam pasaran saham bermula. Jika anda mempunyai saham syarikat yang sentiasa berkembang, ada manager2 yang berkaliber, keuntungan yang sentiasa bertambah dari tahun ke setahun, secara tidak langsung, nilai saham anda juga akan bertambah.
So bila dah faham apa itu saham, kita akan melihat pula bagaimana untuk mencari company2 berkualiti dari ribuan kaunter di Bursa Saham.. 
- http://blog.learn2trade.my/

Tutorial – Maybank Online Trading dan Cara Jual Beli Saham

Tutorial – Maybank Online Trading dan Cara Jual Beli Saham

[UPDATE : PRA PENDAFTARAN UNTUK KELAS SAHAM 2015 KINI DIBUKA, ANDA BOLEH MENDAFTAR DI http://blog.learn2trade.my/pre-registration-2015/]
123
Salam,
Untuk post ini, saya akan menerangkan secara basic cara jual beli saham menggunakan platform Maybank2u Online Trading.
Post ini dibuat dengan assumptions anda telah buka trading akaun dan telah ada ready cash dalam akaun (sudah transfer duit dari akaun simpanan ke akaun trading)
Dari pengalaman saya, Internet Explorer adalah browser paling compatible untuk digunakan. Saya telah cuba pada Firefox dan Chrome, walaupun boleh login masuk, ada beberapa tempat yang tidak lengkap.
Jika ini login kali pertama anda, maybank akan meyuruh anda install file yang membolehkan real-time trading. Ini cuma akan berlaku kali pertama login ataupun jika anda tukar ke komputer lain yang tidak pernah access maybank2u trading.
1. Log in maybank2u anda seperti biasa, kemudian pergi ke Investment, Online Stocks dan Real Time Market Info. Anda kemudian akan melihat front page untuk maybank online stock seperti dibawah. Di bahagian paling kanan merupakan snapshot KLCI untuk hari tersebut, di bahagian atas navigation melintang merupakan access untuk saham.
m2u-main

2. Berikut merupakan dua menu yang penting yang perlu anda tahu. Pertama ialah Live Quotes, ia adalah access untuk masuk ke real-time Bursa Malaysia. Yang kedua ialah Online Enquiries, ia memaparkan akaun anda secara details seperti summary, portfolio dan lain lain. *(typo in the picture : Every shares you own)
m2u-main-closeup

Di bawah adalah stock indicator, di setiap kaunter akan dipaparkan simbol yang berkaitan dengan kaunter tersebut. Sebagai contoh, semua kaunter yang patuh shariah akan ada tanda  ‘0’ disebelah
stock-indicator

3. Setelah anda masuk Live Quotes, anda akan dapat melihat interface seperti di bawah. Klik pada mana-mana kaunter dan anda boleh melihat secara terperinci dagangan kaunter tersebut seperti volume, best buy, best sell, etc. Saya ambil contoh kaunter INSAS seperti dibawah, 0.745 – 6818 pada best sell menunjukkan anda boleh membeli terus 6818 units atau kurang pada harga RM0.745; meaning ada tidak perlu queue atau tunggu. 0.750 – 8208 pula menunjukkan mereka yang bersedia menjual pegangan saham tersebut pada harga RM0.750.
Sama seperti beli, jika anda mempunyai saham INSAS dan mahu menjualnya, RM0.740 – 2720menunjukkan ada beberapa orang yang telah bersedia membeli pada harga RM0.740, ready buyer.
real-time-main

4. Untuk membeli sesuatu saham, pastikan anda telah membuat kajian mengenai kaunter tersebut, sudah tahu berapa unit yang ingin dibeli dan membuat anggaran harga. Minimum unit yang boleh dibeli adalah pada gandaan 100, contoh jika anda mahu membeli kaunter PIE, minimum duit yang anda perlu ada adalah RM5.48 x 100 = RM 548, sediakan extra RM50 untuk transaction cost (lebih kurang RM28), total akhir lebih kurang RM600 (RM548 + 50)
Setelah anda ikut step dibawah dan klik OK, ia akan memaparkan secara details harga yang perlu dibayar termasuk kos pengurusan sebelum permintaan anda dihantar ke Bursa Saham Malaysia. Jika anda menggunakan Best Sell/Buy, dalam beberapa saat anda akan di beritahu mengenai status transaksi anda pada ruangan info di bahagian atas (lihat screenshot dibawah, pada Session Break 700 shares acquired)

real-time-buy
Ulangi langkah yang sama jika anda ingin menjual saham, tapi pastikan ada saham tersebut sebelum anda menjualnya.
real-time-sell-

Tutorial ini memaparkan secara ringkas bagaimana anda boleh menjual beli saham di Bursa Saham secara online. Walaupun tutorial ini menggunakan Maybank, secara umumnya semua bank-bank lain mempunyai interface lebih kurang sama dan mudah untuk difahami jika anda pernah menggunakan online trading di bank lain sebelum ini.
Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila tulis di ruangan comment di bawah
Thanks and Happy Trading,
Hazwan

Platform Saham

Jika Serius Melabur Dalam Saham, Sila Terus Buka Akaun Dengan Syarikat Broker

Pembelian saham adalah aktiviti yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia.
Justeru, pembelian saham berbeza dengan pembelian gula, kopi dan beras. Secara ringkasnya, kita perlu membuka akaun CDS dan akaun jual beli (trading account) melalui mana-mana syarikat broker terlebih dahulu.
Setelah selesai membuka akaun-akaun tersebut menerusi syarikat broker yang berlesen barulah kita dibenarkan untuk membeli saham di Bursa Malaysia. Kemudian, pastikan kita mempunyai modal secukupnya.
Pertama, sila ke laman web Bursa Malaysia (www.bursamalaysia.com), cari pilihan Securities > Brokers. Atau sila klik link di bawah:
Semasa menghubungi mereka, sila tanya berapakah kos membuka akaun serta dokumen yang perlu dibawa semasa membuka akaun, serta soalan-soalan lain yang tuan rasa perlu. Untuk buka akaun, masih perlu berjumpa dengan mereka. Belum ada kemudahan online untuk buka akaun. Sehingga Disember 2013, ini adalah senarai syarikat broker yang menawarkan trading account yang patuh Shariah.
dec2013ibroker
Sumber: Islamic Capital Market, Suruhanjaya Sekuriti
Kita selalunya bercakap sama ada dengan dealer atau remisier yang bertanggungjawab dengan akaun tuan nanti. Perbezaan utama antara dealerdan remisier adalah dealer merupakan kakitangan syarikat broker yang makan gaji manakala remisier adalah ejen yang mendapat komisyen.
Carilah dealer / remisier yang dapat membantu, serta kita selesa berurusan dengannya, seterusnya dapat mempelajari cara-cara mengendalikan online trading platform mereka untuk berjual beli.
Ada beberapa jenis akaun yang dapat ditawarkan. Antaranya:
  • Akaun yang mesti ada duit / modal secukupnya dulu. Akaun ini umpama kad debit. Kita hanya dapat beli saham sehingga jumlah yang ada dalam akaun ini sahaja, termasuk kos berkaitan. Tidak cukup duit, tidak dapat beli.
  • Akaun yang boleh ‘hutang sekejap’. Akaun ini umpama kad kredit. Kita dapat beli saham, dengan nilai gandaan tertentu dan cuma bayar jumlah penuh dan kos pada hari keempat (T+3).   Selama tempoh T+3, kita tak perlu bayar atau sekiranya nak jual pun boleh (tertakluk perbezaan harga untung / rugi + kos).
  • Akaun yang boleh berhutang dengan tempoh lebih lama. Akaun ini umpamapersonal financing. Kita dapat beli saham dengan berhutang, dengan kadar, tempoh dan syarat tertentu. Sila fahami terma & syarat berhutang (kita panggil sebagai margin) yang diberikan dengan teliti.
Ini secara umum sahaja,  sila dapatkan penjelasan lanjut dari pihak dealer /remisier. Istilah yang digunapakai adalah berbeza antara satu syarikat broker dengan syarikat broker yang lain. Malah, syarat-syaratnya juga berbeza. Ada yang longgar, ada yang lebih ketat.
Selain itu ada juga akaun berstatus individual / direct accountnominee account yang mana ia berbeza dari satu syarikat broker dengan syarikat broker yang lain. Caj-caj dan syarat yang dikenakan juga berbeza.
Pastikan tuan bertanya tempoh berapa lama proses pembukaan akaun yang diperlukan untuk mengelakkan tuan tertunggu-tunggu. Juga tentang proses pembayaran dividen. Bagaimana memasukkan modal dalam trust account. Laporan penyelidikan dan seterusnya.
Tanya apa sahaja kepada pihak dealer / remisier sekiranya kita tidak tahu. Jangan buat-buat pandai atau malu bertanya. Ini adalah perkara teknikal, yang adakalanya nampak remeh tapi penting di kemudian hari.
Modal Bermula
Kita dapat membeli saham dengan jumlah paling sedikit 100 unit.
Ia bersamaan dengan 1 lot saham.
Ya, dulu untuk beli saham paling sedikit kena beli 1,000 unit, bersamaan 1 lot. Sebab itu dulu orang kata saham ini untuk orang yang berpoket tebal sahaja. Namun sekarang situasi sudah jauh berbeza.
Secara teorinya, tuan boleh mula beli saham dengan modal serendah RM 10.
Contohnya seperti pembelian syarikat Wintoni Group Berhad (0141). Misalnya, jika harga saham WINTONI adalah 9 sen seunit, maka jumlah modal yang diperlukan untuk 1 lot saham WINTONI adalah RM 9 sahaja. Jadi, untuk mengetahui modal membeli saham (sebelum kos berkaitan), pengiraannya adalah seperti berikut:
Harga saham x 100 unit
Minimum pembelian adalah 1 lot bersamaan dengan 100 unit. Jika ada yang saham yang dijual pada harga lebih rendah, misalnya dijual pada harga 5 sen atau 6 sen, maka modal minimumnya adalah RM 5 atau RM 6 sahaja. Cuma, kos ini belum campur kos stamp duty, komisyen broker dan clearing fee.
Sekiranya brokerage fee sahaja sudah RM 12 misalnya, maka untuk break evensahaja, harga saham WINTONI perlu naik lebih 100%. Itu belum kira lagi kenaikan yang perlu untuk dapat untung. Maka, bila kita campur kos-kos tersebut modal RM 10 adalah tidak praktikal.
Saya mencadangkan modal pelaburan saham bermula dari RM 3,000untuk tuan yang baru mahu bermula. Nanti sudah biasa dengan selok-belok jual beli, maka dapat tambah modal tuan dari semasa ke semasa. Pastikan modal pelaburan kita datang dari duit lebih sahaja, sekiranya rugi 100% sekalipun kita masih tidak jatuh miskin.
Mari kita buat pengiraan seterusnya menggunakan syarikat lain, Padini Holdings Berhad (7052). Andaikan harga Padini dijual pada RM 1.60 sesaham. Maka modal yang diperlukan berbeza mengikut berapa lot yang kita mahu.
  • RM 1.60 x 100 unit (1 lot) = RM 160
  • RM 1.60 x 1000 unit (10 lot) = RM 1,600
  • RM 1.60 x 10,000 unit (100 lot) = RM 16,000
Kewujudan online trading platform telah memudahkan banyak perkara. Sila buka kalkulator di online trading platform masing-masing dan buat pengiraan di situ.
Harga Beli Harga Jual ?
Sila belajar cara  mengendalikan online trading platform melalui dealer / remisier tuan. Mereka dapat menerangkan banyak perkara asas dan teknikal untuk mengelakkan kesilapan dan kekeliruan semasa berjual beli.
Selain itu setiap syarikat broker adalah berbeza. Justeru, hanya dealer / remisier yang menjaga akaun tuan sahaja yang dapat menerangkan dengan lebih terperinci kelebihan-kelebihan online trading platform mereka.
Malu bertanya sesat jalan.
Nampak macam susah pada mulanya, nanti dah biasa, mudah sahaja. Benda yang ramai pelabur baru keliru adalah perbezaan ‘Bid’ & ‘Ask’ atau ‘Buy’ & ‘Sell’. Seterusnya sama nak key in order, satu itu bermaksud 1 lot atau 1 unit ? Banyak perbezaannya jika tersilap letak 0. Misalnya, nak beli 1 lot sahaja tapi terletak 100 lot. Ho ho ho.
Untung (Rugi) Pelaburan Saham
Saya cuma mahu menulis 2 jenis keuntungan yang diterima oleh para pelabur saham. Keuntungan yang biasa diterima, iaitu untung capital gain dan juga untung dividen. Ada juga keuntungan lain yang diperoleh dari aktiviti korporat tertentu seperti right issuance, bonus, shares split tetapi ia tidak berlaku kepada semua syarikat. Hanya dalam keadaan tertentu sahaja.
1. Untung Capital Gain / (Loss)
Andaikan kita membeli 10 lot Padini pada harga RM 1.61, maka modal pembelian saham (tidak campur kos-kos berkaitan) adalah RM 1,610. 3 bulan kemudian, harga jatuh menjadi RM 1.27, maka dalam situasi ini apa yang berlaku adalah paper loss atau unrealised loss.
Maka kiraannya adalah:
  1. RM 1.27 x 1000 unit (10 lot) = RM 1,270
  2. RM 1,610 – RM 1,270 = - RM 340
Atau pun kerugian dalam kiraan return on investment (ROI) adalah:
  1. 1.61 – 1.27 = 0.34
  2. 0.34 / 1.61 x 100 = 21.11% , atau cara kiraan lain,
RM 340 / RM 1610 x 100 = 21.11%
Dalam situasi di atas, paper loss akan menjadi rugi sebenar (realised loss) sekiranya kita menjual saham tersebut pada harga RM 1.27. Jika kita tidak menjualnya, maka selagi itulah duit tidak keluar dari poket kita. Sekiranya 8 bulan kemudian, harga Padini naik menjadi RM 1.99, maka situasi ketika itu adalah situasi paper profit atau unrealised profit.
Maka kiraannya adalah:
  1. RM 1.99 x 1000 unit (10 lot) = RM 1,990
  2. RM 1,990 – RM 1,610 = RM 380
Atau pun keuntungan dalam kiraan ROI adalah:
  1. 1.99 – 1.61 = 0.38
  2. 0.38 / 1.61 x 100 = 23.6%, atau cara kiraan lain,
RM 380 / RM 1610 x 100 = 23.6%
Ya, selagi mana kita tidak menjualnya pada harga tersebut maka selagi itu duit tidak masuk dalam poket kita. Unrealised.
2. Untung Dividen
Ada syarikat yang beri dividen dan ada syarikat yang tidak beri dividen. Untuk mengetahuinya, sila ke laman web Bursa Malaysia > Listed Companies. Atau sila klik link berikut:
Pilih syarikat yang kita ingin tahu. Saya ambil contoh syarikat yang sama dengan contoh di atas iaitu Padini Holdings Berhad. Kita akan jumpa overview page sebegini.
padinioverview
 Scroll ke bawah lagi dan apa yang kita nak tahu adalah di bahagian bawah page tersebut, entitlements.
padinidividen
Menerusi pengumuman tersebut kita dapat tahu Padini Holdings Berhad pada 25 & 26 November 2013 mengumumkan:
  1. Second interim dividend sebanyak 2.5 sen sesaham, EX-date 11 Disember 2013.
  2. Special dividend sebanyak 1.5 sen sesaham, EX-date 11 Disember 2013.
Interim dividend adalah dividen yang diberi sebelum mesyuarat tahunan syarikat dan laporan kewangan tahunan. Manakala special dividend adalah dividen khas yang diberi atas sebab tertentu.
EX-date pula adalah untuk menentukan siapa yang berhak mendapat dividen. Pemegang saham yang mahu memperoleh dividen syarikat Padini perlu memiliki saham syarikat pada tarikh EX-date. Jika pemegang saham menjualnya pada 10 Disember, maka dia tidak mendapat sebarang dividen sekalipun telah memilikinya selama 364 hari. Jadi para pemegang saham Padini pada 11 Disember 2013 berhak mendapat 4 sen dividen sesaham.
Kita telah membeli saham Padini 1000 unit. Dividen, 4 sen sesaham. Kiraannya adalah seperti berikut:
Dividen sesaham x pegangan unit = jumlah dividen
0.04 x 1000 = 40.
Jumlah dividen yang kita terima adalah RM 40.
Manakala untuk mengira dividen yield yang kita terima, adalah seperti berikut:
Jumlah dividen / kos beli saham = dividen yield
RM 40 / RM 1610 = 2.48%
Dividen dibayar mengikut kemampuan tunai & pendapatan syarikat dan bukannya turun naik harga saham. Jadi, sekiranya harga saham Padini jatuh sekali pun pada tarikh tersebut, dividen masih diterima oleh para pemegang saham.  Masih dapat untung walaupun rugi capital gain atas kertas. Namun, kita perlu faham, bukan semua syarikat memberikan dividen.
Seandainya dividen dapat, capital gain pun dapat, maka jumlah ROI pelaburan yang dibuat dalam saham Padini adalah sebanyak:
23.6% (capital gain) + 2.48% (dividen) = 26.08%
Rumusan Proses Jual Beli Saham
1. Buka akaun CDS & trading account dengan syarikat broker. Ketika ini proses ini memerlukan fi RM10, salinan kad pengenalan dan penyata bank.
2. Kenal pasti siapa yang “menjaga” hal ehwal kita. Mereka selalunya dikenali sebagai remisier / dealer. Segala urusan teknikal berkaitan jual beli saham mereka dapat bantu dan sila jangan segan dan jangan malu untuk bertanya segala bentuk soalan kepada mereka.
3. Hari ini semua urusan jual beli adalah menggunakan online trading platform. Caj yang dikenakan adalah lebih murah berbanding dengan caj biasa (telefon). Setiap syarikat broker ada menyediakan tutorial bagaimana untuk menggunakan trading platform mereka. Malah, ada syarikat yang mengadakan kelas mingguan khas untuk pelabur baru.
4. Untuk memulakan jual beli, kena ada modal. Masukkan duit ke dalam trust account yang disediakan oleh syarikat broker. Kita boleh melakukannya secaraonline, mesin deposit tunai atau mesin deposit cek. Maklumkan kepada dealer / remisier setiap kali modal dimasukkan.
5. Langkah seterusnya adalah place your order. Masukkan order kita. Pilih kaunter saham yang hendak kita beli, masukkan kuantiti dan harga. Submit. Jika kita nak membeli pastikan kita rujuk harga ‘Ask’ atau ‘Sell’ manakala untuk menjual, kita merujuk kepada ‘Bid’ atau ‘Buy’.
Jika kita menelefon remisier untuk arahan jual beli, pastikan tahu juga kod kaunter yang betul dan bukan sekadar nama syarikat sahaja. Contohnya, “Hup Seng” dan “Hap Seng“.
6. Price queue. Harga yang kita mahu mungkin belum jadi market price (harga semasa). Beli market price tak perlu queue lama selagi mana jumlah lot yang ditawarkan mencukupi. Tetapi jika bukan pada market price, kena tunggu (queue) sebelum order tersebut match. Status pending akan dipaparkan.
7. Match order. Transaksi selesai, status done akan dipaparkan.
8. Trade confirmation. Setelah selesai proses jual atau beli saham tersebut, kita menerima trading confirmation yang menunjukkan urusniaga yang dijalankan pada hari tersebut. Pihak broker juga menghantar hard copy statement ke rumah setiap bulan bagi urusniaga yang dijalankan sepanjang bulan tersebut.
9. Contract note. Kita juga menerima contract note yang menunjukkanbrokerage feeclearing fee, stamping fee dan juga hasil jual beli saham tersebut.
10. Jika kita mahu keluarkan duit dari trading account sama ada duit untung atau duit modal, maklumkan sahaja kepada dealer / remisier dan mereka akan menguruskannya.
Selesai. Itu sahaja prosesnya
Jika tuan telah lama melabur saham nanti, maka proses ini terasa mudah. Sekiranya belum, jangan risau sebab ia bukanlah sesukar mana. Cuma belum pernah buat sahaja.
Learning by doing.
Selagi mana belum bermula, selagi itulah kita tidak tahu dunia saham itu bagaimana. Gunakan modal yang kecil-kecil sahaja dahulu ketika masih dalam proses belajar ini. Jangan buat-buat pandai dengan bermula dengan hutang. Rasa dulu untung RM50 sebelum berangan nak buat duit ribu-ribu di Bursa Malaysia.
Just do it! - Pakdi.my

Pengenalan

Blog nie saya wujudkan untuk mengumpul semua nota-nota berkaitan dengan saham, sumber nota tersebut turut saya nyatakan .. semoga perkongsian ilmu saham nie memberi nilai tambah kepada pelaburan kewangan kita semua - madulebah888

Bagaimana ingin tahu bila harga sesuatu kaunter akan naik?

Secara mudah, konsep pelaburan dalam mana-mana 'Financial Instrument' adalah beli pada ketika harga rendah, dan menjualnya ketika harga tinggi (buy low sell high). Atau pun beli ketika harga tinggi dan menjualnya ketika harga lebih tinggi (Buy high sell higher).

Namun bagaimana cara untuk menentukan bahawa harga sesuatu instrument kewangan itu adalah rendah atau tinggi?

Dalam membuat analisa untuk membeli atau menjual sesuatu 'Financial Instrument', kajian perlulah dijalankan terlebih dahulu untuk menentukan samada 'Instrument' yang dibeli berpotensi untuk naik seterunya memberi pulangan positif dalam pelaburan kita.

2 cara analisa utama yang kebiasaan digunakan dalam Financial Market adalah :

1. Analisa Teknikal (Technical Analysis - TA)
2. Analisa Fundamental (Fundamental Analysis - FA)


-Mukhlis AAzam

Bagaimana ingin bermula dengan saham? Part 2

Bagaimana ingin bermula dengan saham?

(Bahagian 2)

1. Buka CDS akaun (contoh : BIMB Securities)
2. Register di trading platform (www.bisonline.com.my)
3. Deposit wang ke dalam 'trust account'
4. Mula berjual beli

Mahu jual beli saham syarikat/kaunter apa?

Dalam Bursa Malaysia, terdapat lebih kurang 1600 syarikat yang di senaraikan, dan lebih 4000 kaunter yang pelabur saham boleh anda jual beli.

1. Tetapi dari begitu banyak kaunter ini, yang mana yang kita mahu beli? Kaunter yang mana yang ada potensi untuk naik dan seterusnya pelabur saham boleh menjana keuntungan?
2. Bila sudah ada kaunter yang dipilih, pada harga berapa pula kita nak beli?
3. Bila sudah beli, pada harga berapa pula kita hendak menjualnya?

Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, perlu ada analisa. Secara kasar, 2 cara analisa paling utama adalah, Teknikal Analisis (TA) dan Fundamental Analisis (FA).

Rujuk sini :

1. https://www.facebook.com/video.php?v=10152650633028925

2. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152650838098925&set=gm.807208392659957&type=1

Ilmu dalam TA dan FA adalah sgt luas. Selain kelas-kelas yang di tawarkan di Malaysia, ada juga kelas-kelas di peringkat antarabangsa. Malah jika tuan puan berminat, ada 'professional certification' yang boleh diambil dengan mengambil peperiksaan seperti Diploma dan Degree dalam ilmu TA & FA ini. Tiada istilah terlambat untuk anda yg belum bermula.

Tidak senang untuk menjadi senang.


-Mukhlis AAzam

Pasaran Kewangan

Ramai yg keliru antara saham, forex, commodity trading dan sebagainya.

Secara kasar, apa-apa jual beli aset disebut sebagai Financial instrument. Contoh jual beli aset :

1. Matawang, juga disebut Forex (foreign exchange)
2. Saham syarikat (Stocks/Shares)
3. Commodity atau bahan mentah (emas, perak, gandum, besi mentah, minyak mintah, kopi, minyak sawit mentah, arang batu, gula mentah, dll)
4. Pasaran masa hadapan
5. Bon (Bonds)
6. ETF

dan lain-lain.

Semua instrument kewangan ini boleh dijual beli dalam 'Financial Market'. Contoh 'Financial Market' :

1. Stock markets
2. Bond markets
3. Commodity markets
4. Money markets
5. Derivatives markets
6. Futures markets

dan lain-lain.

Kebanyakan 'Financial Instrument' ini boleh dijual beli secara online melalui 'Online Trading platform'


-Mukhlis AAzam