Apa Itu Saham
So now u got ur system working, ur money ready.. whats next?
Pertama anda perlu kenal apa itu saham, kenapa ianya wujud, kemudian barulah anda boleh faham sepenuhnya dan boleh memulakan pelaburan dengan yakin.
So let say anda sudah mempunyai satu syarikat yang agak besar, dan anda lihat banyak lagi peluang untuk expand syarikat anda samada membuka lebih banyak cawangan, membeli kilang baru, membida projek yang lebih besar. Tapi masalahnya anda tidak mempunya duit. Anda ada 3 cara untuk mendapatkan duit.
- Menggunakan hasil keuntungan tahun-tahun lepas
- Membuat pinjaman dari pihak bank
- Menjual sebahagian hak milik syarikat anda kepada org lain
Mari kita lihat satu per satu pilihan di atas.
1. Menggunakan hasil keuntungan tahun-tahun lepas
Bagi sesebuah syarikat, cashflow sangat penting, dan biasanya, pemilik syarikat tidak menggemari option ini kerana ia akan mengurangkan cash yg ada di dalam syarikatnya..
2. Membuat pinjaman dari pihak bank
Satu keburukan pilihan ini ialah, anda perlu membayar interest dan ianya akan jadi lebih buruk jika pelaburan yang menggunakan duit pinjaman tidak dapat memberi pulangan.
3. Menjual sebahagian hak milik syarikat anda kepada org lain
Keburukan pilihan ini pula ialah anda tidak lagi mempunyai 100% control dalam syarikat anda. Setiap kiraan untung rugi syarikat, anda perlu kongsi bersama, setiap keputusan yang ingin dibuat, perlukan persetujuan bersama. Malah, bagi syarikat yang telah jadi public listed, data2 penting juga akan diketahui oleh competitor lain yang akan membuatkan syarikat anda vulnerable.
Apa yang menariknya mengenai option 3, jika duit yang anda gunakan itu tidak memberi sebarang keuntungan, anda tidak perlu membayar apa apa kembali dan juga ianya tiada interest. Sebelum org lain membeli sebahagian syarikat anda, mereka telah sedia tahu yang jika syarikat anda mengalami kerugian, mereka akan turut rugi.
Jadi dalam kesemua pilihan ini, syarikat2 yang disenarai di Bursa Saham adalah syarikat yang telah memilih option 3. Kebiasaannya syarikat mereka telah betul2 established dan sangat kukuh sebelum mereka mengambil keputusan tersebut.
Bursa Saham ialah tempat dimana syarikat2 di Malaysia boleh ‘mencagarkan’ hak milik syarikat mereka untuk mendapatkan duit bagi mengembangkan perniagaan mereka. Jika anda membeli saham sesebuah syarikat, maka anda adalah salah seorang pemilik syarikat tersebut juga. Anda berhak tahu untung rugi, keputusan yg mereka ambil, malah anda juga layak untuk menghadiri AGM mereka dan bertanya soalan yang relevan kepada pengarah syarikat.
Di sini lah konsep bagaimana anda boleh untung jika melabur dalam pasaran saham bermula. Jika anda mempunyai saham syarikat yang sentiasa berkembang, ada manager2 yang berkaliber, keuntungan yang sentiasa bertambah dari tahun ke setahun, secara tidak langsung, nilai saham anda juga akan bertambah.
So bila dah faham apa itu saham, kita akan melihat pula bagaimana untuk mencari company2 berkualiti dari ribuan kaunter di Bursa Saham..
- http://blog.learn2trade.my/
blog bagus...moga dpt teruskan perkongsian
ReplyDeleteHalo,
ReplyDeletePerkenalkan, Nama saya Wenny
Saya adalah development dari ForexMart, Kami melihat website anda dan kami ingin mendiskusikan kerjasama kemitraan dengan Anda.
Boleh saya minta kontaknya untuk menjelaskan lebih lanjut atau anda bisa langsung menghubungi saya ke wenny@forexmart.com, terimakasih
facebook,com
ReplyDelete