Tuesday, April 14, 2015

Tutorial – Maybank Online Trading dan Cara Jual Beli Saham

Tutorial – Maybank Online Trading dan Cara Jual Beli Saham

[UPDATE : PRA PENDAFTARAN UNTUK KELAS SAHAM 2015 KINI DIBUKA, ANDA BOLEH MENDAFTAR DI http://blog.learn2trade.my/pre-registration-2015/]
123
Salam,
Untuk post ini, saya akan menerangkan secara basic cara jual beli saham menggunakan platform Maybank2u Online Trading.
Post ini dibuat dengan assumptions anda telah buka trading akaun dan telah ada ready cash dalam akaun (sudah transfer duit dari akaun simpanan ke akaun trading)
Dari pengalaman saya, Internet Explorer adalah browser paling compatible untuk digunakan. Saya telah cuba pada Firefox dan Chrome, walaupun boleh login masuk, ada beberapa tempat yang tidak lengkap.
Jika ini login kali pertama anda, maybank akan meyuruh anda install file yang membolehkan real-time trading. Ini cuma akan berlaku kali pertama login ataupun jika anda tukar ke komputer lain yang tidak pernah access maybank2u trading.
1. Log in maybank2u anda seperti biasa, kemudian pergi ke Investment, Online Stocks dan Real Time Market Info. Anda kemudian akan melihat front page untuk maybank online stock seperti dibawah. Di bahagian paling kanan merupakan snapshot KLCI untuk hari tersebut, di bahagian atas navigation melintang merupakan access untuk saham.
m2u-main

2. Berikut merupakan dua menu yang penting yang perlu anda tahu. Pertama ialah Live Quotes, ia adalah access untuk masuk ke real-time Bursa Malaysia. Yang kedua ialah Online Enquiries, ia memaparkan akaun anda secara details seperti summary, portfolio dan lain lain. *(typo in the picture : Every shares you own)
m2u-main-closeup

Di bawah adalah stock indicator, di setiap kaunter akan dipaparkan simbol yang berkaitan dengan kaunter tersebut. Sebagai contoh, semua kaunter yang patuh shariah akan ada tanda  ‘0’ disebelah
stock-indicator

3. Setelah anda masuk Live Quotes, anda akan dapat melihat interface seperti di bawah. Klik pada mana-mana kaunter dan anda boleh melihat secara terperinci dagangan kaunter tersebut seperti volume, best buy, best sell, etc. Saya ambil contoh kaunter INSAS seperti dibawah, 0.745 – 6818 pada best sell menunjukkan anda boleh membeli terus 6818 units atau kurang pada harga RM0.745; meaning ada tidak perlu queue atau tunggu. 0.750 – 8208 pula menunjukkan mereka yang bersedia menjual pegangan saham tersebut pada harga RM0.750.
Sama seperti beli, jika anda mempunyai saham INSAS dan mahu menjualnya, RM0.740 – 2720menunjukkan ada beberapa orang yang telah bersedia membeli pada harga RM0.740, ready buyer.
real-time-main

4. Untuk membeli sesuatu saham, pastikan anda telah membuat kajian mengenai kaunter tersebut, sudah tahu berapa unit yang ingin dibeli dan membuat anggaran harga. Minimum unit yang boleh dibeli adalah pada gandaan 100, contoh jika anda mahu membeli kaunter PIE, minimum duit yang anda perlu ada adalah RM5.48 x 100 = RM 548, sediakan extra RM50 untuk transaction cost (lebih kurang RM28), total akhir lebih kurang RM600 (RM548 + 50)
Setelah anda ikut step dibawah dan klik OK, ia akan memaparkan secara details harga yang perlu dibayar termasuk kos pengurusan sebelum permintaan anda dihantar ke Bursa Saham Malaysia. Jika anda menggunakan Best Sell/Buy, dalam beberapa saat anda akan di beritahu mengenai status transaksi anda pada ruangan info di bahagian atas (lihat screenshot dibawah, pada Session Break 700 shares acquired)

real-time-buy
Ulangi langkah yang sama jika anda ingin menjual saham, tapi pastikan ada saham tersebut sebelum anda menjualnya.
real-time-sell-

Tutorial ini memaparkan secara ringkas bagaimana anda boleh menjual beli saham di Bursa Saham secara online. Walaupun tutorial ini menggunakan Maybank, secara umumnya semua bank-bank lain mempunyai interface lebih kurang sama dan mudah untuk difahami jika anda pernah menggunakan online trading di bank lain sebelum ini.
Jika anda mempunyai apa-apa soalan, sila tulis di ruangan comment di bawah
Thanks and Happy Trading,
Hazwan

8 comments:

  1. Klu dah beli saham tu cth PIE..mcmna kita set TP dan SL ya?

    Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam saham kita just bleh set utk TP iaitu set pada nilai brp untuk dijual secara auto....utk SL x bleh....kita kene alert sendiri atau cara lain utk set TP dan SL dgn menggunakan apps pada fon iaitu KLSE Screener ( sekadar memberi alert pd kita dan bkn berfungsi secara auto utk CUT )

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. perlukah kita transfer duit dr akaun persendirian(akaun semasa) ke akaun trading atau tidak perlu?atau boleh trade terus menggunakan akaun persendirian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tranfer dr akaun semasa ke trading..sma gk lau draw pn sma gk.

      Delete
  4. Selamat Siang,
    saya sudah membaca blog anda, sangat mudah di pahami dan saya sangat tertarik untuk bekerja sama dengan anda, kami dari Forexmart menawarkan kerja sama affiliasi yang sangat menguntungkan untuk anda, jika anda berminat dan tertarik dengan penawaran ini bisa menghubungi email saya di hellokittykucing89@gmail.com dan saya akan memberikan informasi yang lebih lengkap mengenai penawaran kerjasama ini.
    Terima Kasih dan salam sukses untuk anda

    ReplyDelete
  5. The Le_Meridian Funding Service went above and beyond their requirements to assist me with my loan which i used expand my pharmacy business,They were friendly, professional, and absolute gems to work with.I will recommend  anyone looking for loan to contact. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com  Or lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete
  6. sy nak tahu bila caj brokerage fee dsbnya dicaj. adakah confirm sahaja atau apabila transaksi all matched.

    ReplyDelete